Saturday 1 July 2023







5.2 PROFESION & PROFESIONALISME KEGURUAN

5.2.1 DEFINISI PROFESION

Kamus Dewan IV (2005): Profesion ialah suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan Latihan yang khusus.

Cruess, Johnston & Cruess (2004): Profesion ialah pekerjaan yang melibatkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang komplek. Ahli sesuatu profesion berpegang kepada kod etika dan komited memberi perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada masyarakat yang disifatkan sebagai satu perjanjian antara profesion berkenaan dengan masyarakat.

Lieberman (1956): profesion sebagai suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan intelek, Latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi, mementingkan kualiti perkhidmatan, mempunyai kod etika dan mempunyai organisasi kendiri untuk  menguruskan hal-hal yang berkaitan profesion.









5.4 Standard Guru malaysia : Kerangka & Model

Komponen

Keterangan & Contoh

Standard

S

S1: Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.

S2: Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.

S3: Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru.

Keperluan

K1: Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program Latihan perguruan.

K2: Keperluan ini memperincikan program Latihan, sistem pemantauan dan pentaksiran dan penilaian.

K3: Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi Latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaanserta lain-lain institusi yang boleh memantapkan latihan perguruan.

K4: Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimun kecekapan dan  keberkesanan program Latihan.

K5: Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti Latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.

 

Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program Latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif dan berketrampilan.

Guru Kompeten

Guru kompeten ialah guru yang mempunyai kemahiran dalam menguruskan kaedah pengajaran dengan baik. Seorang guru perlu mempunyai dan kemahiran yang mendalam tentang bidangnya. Interaksi dua hala antara guru dengan murid dan murid dengan guru memainkan peranan yang penting supaya isi pelajaran dapat disampaikan serta difahami oleh murid. Antara ciri-ciri guru kompeten ialah mempunyai kemahiran pertuturan antara murid yang bagus dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi tentang matapelajaran yang diajar.

Modal Insan Unggul

Modal insan tidak boleh dipindahkan daripada seseorang kepada seseorang yang lain, ia perlu dipupuk dan dibentuk melalui pelaburan terhadap pendidikan, Latihan sebelum bekerja, Latihan semasa bekerja, kesihatan, penghijrahan dan usaha mencari maklumat yang dapat meningkatkan tara hidup seseorang



5.4.2 Model Standard Guru Malaysia


KETERANGAN MODEL SGM

·         GURU yang dihasratkan oleh Malaysia mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan (Standard 1), Pengetahuan dan kefahaman (Standard 2) serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran (Standard 3). Standard-standard tersebut digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang bertindan, membawa maksud aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru adalah saling berkait dan  bersepadu.

·         Lingkaran besar puti yang melingkari Standard menggambarkan keperluan utama yang patut disediakan oleh agensi dan institusi Latihan perguruan bagi menyokong dan membantu guru bagi mecapai Standard. Keperluan yang dimaksudkan iala kelayakan masuk dan prosedur pengambilan calon program Latihan perguruan (Keperluan 1), Latihan pentaksiran dan penilaian program perguruan (Keperluan 2), Kolaborasi (Keperluan 3), infrastruktur dan infostruktu (Keperluan 4), dan jaminan kualiti (Keperluan 5).

·         Lingkaran besar yang memagari Keperluan (K) menggambarkan asas penentuan Standard dan Keperluan iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan dan Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia.

·         Glob di tengah-tengah lingkaran Standard (S) merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan modal insan berminda kelas pertama, iaitu menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki semangat patriotism yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa.









































No comments:

Post a Comment

5.2 PROFESION & PROFESIONALISME KEGURUAN 5.2.1 DEFINISI PROFESION Kamus Dewan IV (2005): Profesion ialah suatu bidang pekerjaan yan...