5.2
PROFESION & PROFESIONALISME KEGURUAN
5.2.1
DEFINISI PROFESION
Kamus Dewan IV (2005): Profesion
ialah suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta
kemahiran yang tinggi dan Latihan yang khusus.
Cruess, Johnston & Cruess
(2004): Profesion ialah pekerjaan yang melibatkan penguasaan pengetahuan dan
kemahiran yang komplek. Ahli sesuatu profesion berpegang kepada kod etika dan
komited memberi perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada masyarakat yang disifatkan
sebagai satu perjanjian antara profesion berkenaan dengan masyarakat.
Lieberman (1956): profesion sebagai
suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan intelek, Latihan
ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati
autonomi, mementingkan kualiti perkhidmatan, mempunyai kod etika dan mempunyai
organisasi kendiri untuk menguruskan
hal-hal yang berkaitan profesion.
Komponen |
Keterangan
& Contoh |
Standard
S |
S1:
Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan
berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang
guru. S2:
Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang
subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut
ada pada seseorang guru. S3:
Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran
yang patut dikuasai oleh seseorang guru. |
Keperluan |
K1:
Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan
calon program Latihan perguruan. K2:
Keperluan ini memperincikan program Latihan, sistem pemantauan dan
pentaksiran dan penilaian. K3:
Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi Latihan
perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar
negara, badan bukan kerajaanserta lain-lain institusi yang boleh memantapkan
latihan perguruan. K4:
Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi
dan komunikasi bagi mengoptimun kecekapan dan
keberkesanan program Latihan. K5:
Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar,
strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti
Latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.
Perincian
standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program
Latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif,
inovatif dan berketrampilan. |
Guru
Kompeten |
Guru
kompeten ialah guru yang mempunyai kemahiran dalam menguruskan kaedah
pengajaran dengan baik. Seorang guru perlu mempunyai dan kemahiran yang
mendalam tentang bidangnya. Interaksi dua hala antara guru dengan murid dan
murid dengan guru memainkan peranan yang penting supaya isi pelajaran dapat
disampaikan serta difahami oleh murid. Antara ciri-ciri guru kompeten ialah
mempunyai kemahiran pertuturan antara murid yang bagus dan mempunyai ilmu
pengetahuan yang tinggi tentang matapelajaran yang diajar. |
Modal
Insan Unggul |
Modal
insan tidak boleh dipindahkan daripada seseorang kepada seseorang yang lain,
ia perlu dipupuk dan dibentuk melalui pelaburan terhadap pendidikan, Latihan
sebelum bekerja, Latihan semasa bekerja, kesihatan, penghijrahan dan usaha
mencari maklumat yang dapat meningkatkan tara hidup seseorang |
KETERANGAN
MODEL SGM
·
GURU yang dihasratkan oleh Malaysia
mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme
keguruan (Standard 1), Pengetahuan dan kefahaman (Standard 2) serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran (Standard 3). Standard-standard tersebut
digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang bertindan, membawa maksud aspek
kompetensi yang dikuasai oleh guru adalah saling berkait dan bersepadu.
·
Lingkaran besar puti yang melingkari
Standard menggambarkan keperluan utama yang patut disediakan oleh agensi dan
institusi Latihan perguruan bagi menyokong dan membantu guru bagi mecapai
Standard. Keperluan yang dimaksudkan iala kelayakan masuk dan prosedur
pengambilan calon program Latihan perguruan (Keperluan 1), Latihan pentaksiran
dan penilaian program perguruan (Keperluan 2), Kolaborasi (Keperluan 3),
infrastruktur dan infostruktu (Keperluan 4), dan jaminan kualiti (Keperluan 5).
·
Lingkaran besar yang memagari Keperluan
(K) menggambarkan asas penentuan Standard dan Keperluan iaitu Misi Nasional,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion
Keguruan dan Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia.
·
Glob di tengah-tengah lingkaran Standard
(S) merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang dipertanggungjawabkan untuk
membangunkan modal insan berminda kelas pertama, iaitu menguasai ilmu dan
kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki semangat patriotism
yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa.